Khamis, Julai 12, 2012

Abu Al-Mughis Hussein Bin Mansur Al-Hallaj

Fariduddin Attar memulakan ceritanya tentang sufi agung ini dengan ulasannya demikian, "Alangkah sedihnya seorang sufi yang agung ini tidak difahami oleh orang-orang sezamannya. Anda boleh hormati pokok jika ia berkata Anal-Haq (Akulah Yang Benar), tetapi kenapa seorng manusia yang mengucapkan kata-kata itu disalib pula. Anda patutlah tahu bahawa perkataan seperti itu adalah diucapkan oleh orang-orang sufi yang agung yang dalam keadaan mabuk Allah atau fana diri, dan mereka berucap seperti itu melalui Allah atau dengan perkataan lain, Allah yang bercakap melalui lidah-lidah mereka. Diri mereka itu telah 'MATI'. "
          Al-Syibli berkata bahawa meskipun beliau sendiri dan Abu Al-Mughis Hussein mengeluarkan kata-kata yang sama, tetapi beliau dibiarkan begitu sahaja kerana orang menyangkanya gila, tetapi Abu Al-Mughis Hussein disalib kerana orang menganggap dia bukan gila dan bijak pula.
          Abu Al-Mughis tinggal di tempat bernama Tustar semasa berumur 16 tahun dan tinggal di situ selama 2 tahun. Kemudian beliau pergi ke suatu tempat bernama Doharqa di mana beliau tinggal selama setahun setengah. Di situ beliau tinggal bersama seorang sufi agung juga bernama Umar bin Uthman Al-Makki. Di situ beliau berkahwin dengan anak perempuan Ya'kubAl-Aqta. kemudian beliau pergi tinggal bersama Al-Junaid di Baghdad. Dari sana beliau pergi ke Hijaz dan beliau bertemu dengan sekumpulan orang-orang sufi dan dengan mereka beliau kembali ke Baghdad untuk menemui Al-Junaid.
         Beliau bertanya kepada Al-Junaid sesuatu dan Al-Junaid meramalkan dengan katanya, "Satu hari kelak tuan akan warnakan palang kayu dengan wana merah." Ini berarti Abu Al-Mughis akan disalib. Mendengarkan itu, Abu Al-Mughis Hussein berkata, "Apabila perkara itu terjadi, tuan akan memakai pakaian orang biasa dan menanggalkan pakaian sufi." Ramalan itu benar-benar terjadi beberapa lama kemudian. Semua guru-guru ugama tidak mahu menandatangani surat hukuman bunuh ke atas Abu Al-Mughis Hussein itu hingga Al-Junaid terlebih dulu menandatangani surat hukuman tersebut. Al-Junaid enggan juga menurunkan tandatangannya apabila khalifah menyuruh beliau berbuat demikian. Tetapi akhirnya Al-Junaid menanggalkan pakaian sufinya itu dan memakai pakaian guru biasa, lalu menandatangani surat hukuman itu dan ditulisnya perkataan-perkataan berikut: 'Saya nyatakan pendapat saya tentang zahir Abu Al-Mughis Hussein bahawa dia patut disalib.
         Apabila Al-Junaid tidak menjawab soalan Abu Al-Mughis Hussein dan memarahinya, Abu Al-Mughis Hussein pergi ke Tustar bersama isterinya. Di sana beliau tinggal setahun lamamya. Penduduk tempat itu hormat kepada beliau. Di situ beliau selalu mengkritik orang yang pura-pura berugama dan mereka itu pulasangat marah kepada Abu Al-Mughis Hussein.
        Mereka yang anti kepada Abu Al-Mughis Hussein ini disokong oleh Amru bin Uthman, seorang tokoh ugama yang mahsyur juga. Abu Al-Mughis tidak tahan lagi mendengar kritik-kritik mereka itu. Beliau pun menanggalkan pakaian sufi dan memakai pakaian orang biasa. Pada masa itu beliau telah maju benar dalam bidang keruhanian ini. Keadaan keruhanian yang tinggi ini menguasai beliau selama 5 tahun penuh

Tiada ulasan: